Ramai
Yang Tidak Menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat
untuk memastikan kesihatan yang baik, sehinggalah tiba-tiba mereka di
timpa satu penyakit yang kronik. Kenyatan ini memang ada benarnya kerana
apa yang anda makan adalah diri anda.
Berbagai
faktor yang menyebabkan amalan pemakanan yang tidak sihat. Salah satu
daripadanya adalah faktor kesibukan sehari-hari yang menyebabkan kita
mengambil jalan mudah, iaitu dengan mengambil makanan segera dan makanan
dalam tin tanpa menyedari kesannya kepada kita.
Amalan
pemakanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi.Ini adalah
kerana ia akan mempengaruhi tahap kesihatan kita pada masa akan datang.
Mungkin semasa remaja, kesihatan kita tidak terjejas, tetapi kesan akan
mula di rasai apabila kita berumur 30-an.
Pakar
kesihatan dan pemakanan juga bersetuju bahawa penyakit-penyakit kronik
seperti sakit jantung, kanser dan sebagainya berpunca daripada amalan
pemakanan yang tidak sihat.
Contohnya
, penyakit jantung berpunca daripada kandungan kolesterol yang tinggi
di dalam pembuluh darah. Sebenarnya kolesterol telah ada dalam badan
kita sejak bayi lagi, kandungan kolesterol akan bertambah jika kita
tidak mengambil berat apa yang kita makan.Makanan seperti daging,telur
dan hasil tenusu merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik
apabila diambil dalam kuantiti yang sederhana, tetapi ia juga
mengandungi banyak lemak dan kolesterol Lemak boleh
menyebabkan kegemukan dan juga serangan jantung, manakala kolesterol
adalah punca utama sakit jantung.Justeru pengambilan makanan dalam
kategori ini seharusnya di kawal.



0 comments:
Post a Comment