Jawapan: Ada beberapa sebab mengapa wanita selepas
melahirkan anak menjadi gemuk. Wanita semasa hamil akan meningkat berat
badan secara semula jadi. Ini adalah kerana semasa hamil terjadinya
perubahan hormon yang menyebabkan badan mengumpul lemak dan air. Lemak
yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk membuat susu ibu selepas
melahirkan anak. Salah satu sebab mengapa wanita menjadi gemuk selepas
melahirkan anak ialah kerana tidak menyusukan anak dengan susu ibu.
Jika wanita tidak menyusu, lemak yang disimpan semasa hamil tidak akan
digunakan untuk membuat susu dan akan terus terkumpul di dalam badan.
Sebab kedua ialah mungkin wanita selepas melahirkan anak tidak
mengamalkan pemakanan yang seimbang dan tidak meningkatkan aktiviti
fizikalnya.
Source by Myhealth, Kementerian Kesihatan Malaysia
Monday, July 30, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment